Ads by Google

Get This Pop-up Window


Monday 5 January 2015

QZ8501: Pencarian Masuk Hari Ke-9, Terarah Ke Timur

QZ8501: Pencarian masuk hari ke-9, terarah ke timur
Bambang Soelistyo bimbang operasi pasukan SAR yang berdepan masalah cuaca dan waktu.

KUALA LUMPUR: Waktu dan cuaca menjadi cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mayat mangsa nahas dan juga badan pesawat QZ8501 yang masuk hari kesembilan hari ini.


Dengan 34 mangsa korban sudah ditemui, pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) berpendapat bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan, laporMetroTVNews.com.

“Halangan kita adalah waktu dan keadaan cuaca,” kata Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo di Gedung Basarnas Jalan Angkasa, Jakarta semalam sambil menambah bahawa serpihan  pesawat dan mayat di permukaan laut dilihat semakin dihanyut arus ke arah timur.

Antara cabaran yang dibawa cuaca adalah perubahan arus lautan dan juga gelombang yang memberi kesulitan kepada pasukan SAR. Semakin lama halangan itu tidak dapat diatasi, semakin terjejas keadaan fizikal mayat.

Hari ini, pencarian diperluas ke arah timur dengan keluasan keseluruhan 20,700 batu nautika persegi.

Sejumlah lima kapal dengan keupayaan pengesanan dasar laut serta sekumpulan pasukan penyelam digunakan.

Daripada 34 mayat yang sudah ditemui, hanya sembilan dikenal pasti identitinya.

Jabatan Polis Bahagian Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Indonesia turut dibantu pakar dari Singapura, Korea Selatan dan Australia.

Cuaca hari ini diramal bergelora dengan gelombang boleh mencapai setinggi 2 hingga 2.5 meter.

Pihak Basarnas yang menumpukan carian di bahagian laut dalam hari ini juga telah mengesahkan bahawa misi pencarian kotak hitam bakal disokong pasukan dari China.

LAPORAN LANJUT DI ASTROAWANI

No comments:

Post a Comment