Ads by Google

Get This Pop-up Window


Tuesday 30 June 2015

5 Aplikasi Portable terbaik untuk Kegunaan Juruteknik Komputer


Tugasan membaik pulih dan menyelenggara komputer menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi perisian-perisian mudah alih yang boleh dimuatkan ke dalam pemacu USB. Sebelum ini, ketika kapasiti storan pemacu USB di pasaran masih lagi kurang dari 1GB, juruteknik komputer pada kebiasaannya akan membawa sejumlah CD-CD perisian untuk melakukan tugasan.

Kini, seiring dengan perubahan teknologi dan perkembangan dunia perisian global, segala macam perisian baik pulih dan selenggara sistem komputer boleh dimuatkan ke dalam pemacu USB. Hari ini, terdapat banyak aplikasi kompilasi perisian-perisian percuma yang boleh dimuat turun dari internet.
Berikut adalah 5 aplikasi kompilasi perisian terbaik untuk tugasan baik pulih dan selenggara komputer yang percuma.

PortableApps Suite (Windows, Percuma)

PortableAppsPortableApps adalah aplikasi mudah alih yang terbaik di internet setakat ini. Diasaskan oleh John Haller, perisian ini turut mendapat sokongan besar dari ahli-ahli forum laman PortableApps yang terdiri dari kalangan pembangun perisian, penterjemah dan pengaturcara. Oleh itu, perisian ini senantiasa mengalami penambahbaikan dari masa ke semasa hasil dari usaha sama yang dilakukan.
Perisian-perisian yang terkandung  di dalam PortableApps merangkumi perisian yang asas seperti Firefox hinggalah perisian yang besar seperti Open Office. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat backup sistem komputer.
Anda boleh memuat turun perisian-perisian lain mengikut kesesuaian anda satu persatu secara berasingan dan kemudian diintegrasikan melalui PortableApps untuk membolehkan ianya menjadi mudah alih.
Antara muka PortabelApps menampilkan sistem menu yang kemas dan ini memudahkan anda untuk menguruskan fail-fail dan perisian-perisian dengan lebih teratur.

LiberKey (Windows, Percuma)

LiberKeyWalaupun LiberKey tidak mempunyai susun atur antara muka yang kemas sepertimana PortableApps, namun ia disusun mengikut jenis-jenis kegunaan program berkenaan. Oleh itu, anda akan mudah meneka fungsi program berkenaan walaupun anda belum pernah menggunakannya sebelum ini.
Lagipun, terdapat sejumlah lebih kurang 250 jenis perisian yang terkandung di dalam LiberKey dan susunan mengikut kategori ini memudahkan anda mencuba tiap satu perisian yang disediakan di dalamnya.

Portable Linux (Percuma)

XubuntuMenggunakan aplikasi perisian-perisian mudah alih pada Windows memang sangat mudah, namun ada masanya akses anda terhadap keseluruhan sistem boleh terhalang jika berlaku sebarang gangguan seperti serangan virus.
Boot sistem komputer menggunakan sistem operasi lain adalah alternatif yang bagus. Ini kerana, apabila boot melalui sistem operasi yang lain memberikan anda akses untuk memahami punca dan masalah pada sistem komputer anda dengan lebih mendalam tanpa mengganggu sistem operasi Windows yang sedia ada.
Anda boleh mendapat pelbagai jenis sistem operasi Linux yang boleh dimuat dan digunakan pada pemacu USB melalui Linux versi LiveUSB seperti Xubuntu dan Fedora 9 Live.

Geek.Menu (Windows, Percuma)

Geek MenuGeek.Menu adalah salah satu cabang pembangunan PortableApps. Ciri-ciri asasnya adalah hampir sama seperti yang disediakan oleh PortableApps termasuklah antaramukanya.
Apa yang membezakannya adalah ia tidak memuatkan perisian-perisian percuma seperti yang disediakan oleh PortableApps. Selain itu juga, ia turut mengalami penambahbaikan tertentu seperti ciri TrueCrypt untuk keselamatan.

Lupo PenSuite (Windows, Percuma)

Lupo-PenSuiteAntaramuka Lupo PenSuite tidak jauh bezanya dengan aplikasi-aplikasi mudah alih lain. Perbezaannya yang ketara adalah pada perisian-perisian yang ditawarkannya. Ia menawarkan segala macam perisian percuma yang boleh dimuatkan ke dalam aplikasinya termasuklah permainan video.
Ada yang unik seperti perisian yang dikhaskan membetulkan Registry hanya untuk Windows 8 dan ada juga yang agak mengarut seperti FooBillard v 3.0.
Anda boleh menyemak senarai lengkap keseluruhan perisian yang dimuatkan ke dalam Lupo PenSuite di sini.
Lima aplikasi yang seperti disenaraikan di dalam artikel ini diharapkan dapat membantu anda melakukan tugasan-tugasan membaik pulih dan menyelenggara komputer. Jika anda mempunyai cadangan dan pendapat bernas mengenai aplikasi mudah alih untuk kerja-kerja penyelenggaraan ini, kongsikan bersama di dalam ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment