Ads by Google

Get This Pop-up Window


Tuesday 30 June 2015

Video : Disebalik Tabir Penghasilan Windows 10 Hero Desktop Image

Hari ini tarikh sudah pun menunjukkan 30 Jun 2015. Ini bermakna ada lagi tempoh 30 hari Windows 10 bakal dilancarkan secara rasmi oleh Microsoft.
Buat masa sekarang Windows 10 masih lagi diperingkat versi prebiu. Build demi build makin rancak nampaknya dikeluarkan oleh Microsoft bagi memastikan Windows Insider mencuba menggunakannya dalam memberikan maklum balas terhadap Windows 10.


Melalui saluran Youtube Microsoft, mereka telah menyiarkan video disebalik tabir bagaimana mereka menghasilkan dekstop wallpaper yang bakal digunakan pada Windows 10. Projek tersebut menggabungkan hasil kerjasama bersama pengarah reka bentuk terkenal iaitu Bradley G. Munkowitz untuk menghasilkan Windows 10 Hero Dekstop Image.
Video Disebalik Tabir Penghasilan Windows 10 Hero Desktop Image

Video yang berdurasi selama 2 minit 19 saat itu menunjukkan bagaimana Windows 10 Hero Dekstop image dihasilkan menggunakan blasting laser, pumping smoke machines, colored filters dan falling dust. Memang menarik penghasilan Windows 10 dekstop wallpaper kali ini tanpa menggunakan Adobe Photoshop. Jom lihat video disebalik tabir tersebut dibawah ini.


Aku memang kagum dengan hasil kerja keras mereka ni. Idea yang tersangat kreatif dengan menampilkan pelbagai jenis material yang digunakan untuk menghasilkan satu saja desktop wallpaper yang bakal digunakan pada Windows 10 nanti. Dah tentu kos pembikinan wallpaper tinggi rasanya.

Selepas sehari video tersebut dilancarkan di Youtube, ada seorang individu telah memuat naik satu video bagaimana beliau menghasilkan Windows 10 Hero Dekstop Image dengan cara yang berbeza. Beliau telah menghasilkan wallpaper tersebut seratus peratus menggunakan Adobe After Effects.


Complicated sungguh! Aku sendiri tengok pun dah pening. Ini baru betul peminat setia sistem operasi Windows.

Bagaimanapun menurut sumber, pihak Microsoft tidak menyatakan bahawa Windows 10 Hero Desktop Image ini bakal digunakan sebagai default wallpaper. Nak tahu jawapannya kenalah tunggu pelancaran secara rasmi Windows 10 pada penghujung bulan Julai nanti.

No comments:

Post a Comment