Ads by Google

Get This Pop-up Window


Tuesday 4 November 2014

Review : MICROPROCESSOR (µP) vs MICROCONTROLLER (µC)

MICROPROCESSOR (µP)
Microprocessor atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan motherboard.
Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan. Microprocessor juga mengawal logik bagi hampir semua perlatan digital, daripada jam, radio hingga ke sistem fuel-injection untuk kereta. Semakin tinggi nilai kelajuannya, semakin berkuasa sesuatu CPU. Sebagai contoh, sebuah 32-bit mikroprosesor yang beroperasi pada 50MHz lebih laju daripada 16-bit microprocessor yang beroperasi pada 25MHz.


[556px-Intel_core_i7_940_top_R7309478_wp.jpg] 
RAJAH 1.1 MICROPROCESSOR INTEL® CORE™ i7

Rajah 1.1menunjukkan sebuah Microprocessor Intel Core i7 yang dikeluarkan pada 17 November 2008 yang terdiri daripada 64-bit dan mempunyai kelajuan 2.93GHz. Terdapat 781 juta transistor terbina di dalamnya.






MICROCONTROLLER (µC)

Microcontroller atau pengawal mikro (sering disingkat menjadi µC) merupakan komputer-dalam-cip yang telah dicipta untuk kawalan alat elektronik. Ia merupakan salah satu daripada cabang microprocessor yang mementingkan kendalian mudah dan kos efektif yang rendah. Ini bercanggah dengan microprocessor pelbagai kegunaan yang terdapat dalam komputer. Microcontroller pada amnya mengandungi segala ingatan dan antara muka I/O yang cukup untuk aplikasi mudah manakala microprocessor perlu disambung kepada cip tertentu untuk memberikan fungsi yang diperlukan.
Sebuah cip µC biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:-

[609px-KL_Intel_P8096.jpg]
RAJAH 2.1 MICROCONTROLLER MCS-96(16-bit)



 PERBEZAAN MICROPROCESSOR DAN MICROCONTROLLER

MICROPROCESSOR
MICROCONTROLLER
µP
µC
dicipta untuk pemproses di dalam komputer
dicipta untuk kawalan alat elektronik
perlu disambung kepada cip tertentu untuk memberikan fungsi yang diperlukan
mengandungi segala ingatan dan antara muka I/O yang cukup untuk aplikasi mudah
pelbagai kegunaan
kendalian mudah dan kos efektif yang rendah




 PERKEMBANGAN MICROPROCESSOR INTEL®

Microprocessor pertama adalah Intel 4004, yang diperkenalkan pada tahun 1971. Jenis 4004 ini tidak begitu berkuasa. Hanya dapat menambah dan mengurangi, dan ia hanya dapat melakukannya 4-bit pada saat bersamaan dan beroperasi pada kelajuan jam 108kHz sahaja. Sebelum 4004, mereka membuat komputer dari kumpulan chip atau dari komponen yang berlainan (transistor yang dihubungkan bersama). Intel 4004 merupakan otak salah satu kalkulator elektronik portable yang pertama.



 






RAJAH 3.1 INTEL 4004


Sehingga 1 April 1972, intel telah mengeluarkan microprocessor model 8 bit pula. Bermula dari model 8008, ia telah memuatkan sejumlah 3500 transistor pada jam kelajuan 500kHz.




RAJAH 3.2 INTEL 8008

Microprocessor pertama yang digunakan dalam komputer rumah adalah Intel 8080, komputer 8-bit lengkap pada satu chip, yang diperkenalkan pada tahun 1974. Ia mempunyai 6000 teransistor terbina di dalamnya dan mempunyai kelajuan jam 2Mhz. Tamat era 8-bit dalam penciptaan microprocessor. Seterusnya muncul pula microprocessor 16 bit pula iaitu Intel 8088, yang diperkenalkan pada 1 jun 1979. Ia telah memuatkan 29,000 transistor di dalamnya pada kelajuan jam 5Mhz.

RAJAH 3.3 MICROPROCESSOR MCS-86(16-bit)

Microprocessor 16-bit telah mengalami proses evolusi sekali apabila muncul rekaan microprocessor 32 bit pula. Ia dinamakan Intel iAPX 432 dan diperkenalkan pada 1 januari 1981.






  RAJAH 3.4 MICROPROCESSOR (32-bit)

Penggunaan microprocessor 32-bit digunakan sehingga sekarang dengan bermulanya evolusi penggunaan superskala x86 architecture processor microprocessor pentium iaitu Pentium I(1993), Pentium II(1997), Pentium III(1999), Pentium 4(2002) ke teknologi baru (centrino) dengan pemproses pentium M(2003) dan yang terkini sekarang Centrino Duo(2006) dilengkapi prosesor Intel Duo Core. Semua microprocessor ini dibuat oleh Intel dan semuanya merupakan peningkatan dari dasar 8088. Namun ia tetap mempunyai kelajuan yang perlahan dan permintaan microprocessor dalam industri elektronik telah membuatkan para pencipta microprocessor membuat satu lagi evolusi ke atas microprocessor 32-bit yang sedia ada kepada 64-bit. Ia model yang laju, kerana menjalankan operasi dengan kelajuan jam sehingga 3.3 GHz. Misalnya Intel Xeon, Core 2 Duo dan paling terbaru ialah intel core i7 dikeluarkan pada tahun 2008.

PERKEMBANGAN MICROPROCESSOR MOTOROLA
1974, Motorola  memperkenalkan  cip  6800  menggunakan  microprocessor  8-bit.  Cip  6800  dicipta  oleh  Chuck  Peddle  dan  Charlie  Melear.
1979, Motorola  memperkenalkan  cip  microprocessor  68000  16-bit  menggunakan  68,000  transistor.
1987, Motorola    mengeluarkan  microprocessor  68030.
1990, Motorola  memperkenalkan  microprocessor  32-bit  25  MHz  68040  dengan  mengabungkan  1.2  juta  transistor.
1998, Motorola  memperkenalkan  microprocessor  G4.

PERKEMBANGAN MICROPROCESSOR ZILOG
1970-an, Zilog Z80 terhasil.
Pada awal dekad 1980-an, kebanyakan komputer rumah bersandarkan teknologi mikropemproses 8-bit, umumnya MOS Technology 6502 dan Zilog Z80.
1981, pemproses Zilog Z80A 4 MHz  digunakan dalam pengeluaran Komputer Peribadi IBM.

No comments:

Post a Comment