Ads by Google

Get This Pop-up Window


Friday 20 July 2018

Hijrah Kerja, Tingkatkan Kerjaya

Image may contain: 3 peopleMalam tadi saya consult tiga (3) engineer muda. Mereka nak belajar tentang simkad Tone Plus. Tapi macam biasa, kalau sembang panjang dengan saya, saya suka bagi inspirasi untuk orang muda supaya letak matlamat jadi kaya, bukan sekadar bergaji besar sebab ramai orang gaji besar yang tak kaya. Mereka cuma kaya hutang sahaja.
Masa umur 20-an macam mereka, saya fokus belajar untuk jadi kaya. Saya explore ilmu mengurus kewangan dengan betul, belajar tentang pelaburan, dan melatih diri dengan bisnes. Dan sedikit pengalaman itu jugalah yang saya kongsikan dengan mereka malam tadi. Rugi orang muda kalau sekadar guna simkad yang hanya memberi data & hiburan tanpa apa-apa pulangan yang menguntungkan sebab banyak perkara lagi yang boleh buat untuk bina kekayaan. Antaranya ialah tingkatkan kerjaya.
Image may contain: one or more people and text

Majikan Baru Sanggup Bayar Lebih

Saya ada pengalaman 10 tahun bekerja. Satu pemerhatian penting yang saya dapat tentang kerjaya antaranya; kalau nak cepat naik gaji dan tingkatkan kerjaya, kita mesti berhijrah. Jangan bekerja dengan sesuatu syarikat terlalu lama. Tapi cukuplah sekadar 3 atau 4 tahun untuk dapatkan pengalaman, dan terus hijrah ke syarikat lain sebab;

#1 – Syarikat baru lebih menghargai pengalaman kita.

Syarikat baru sanggup bayar lebih untuk buat kerja yang sama yang kita buat dengan syarikat lama. Dan itu salah satu strategi syarikat untuk tarik ‘talent’ yang ada dalam market. Mereka bersaing untuk dapat pekerja yang bagus.

#2 – Syarikat baru lebih hargai “qualification” kita.

Kalau sambung belajar sambil kerja, biasanya syarikat kita kurang hargai qualification baru kita. Mungkin sebab polisi syarikat hanya akan bayar lebih kalau bertambah skop kerja dan tanggungjawab dalam kerja. Kalau setakat tambah qualification, ianya kurang bermakna bagi syarikat. Jadi kalau dulu kerja pakai Bachelor Degree, lepas tu dapat Master atau Profesional Qualification, bagi saya lebih baik hijrah ke syarikat baru. Saya yakin, syarikat baru sanggup bayar lebih mahal bila kita dapat qualification tersebut.

#3 – Syarikat baru boleh offer 20% – 30% kenaikan gaji dengan mudah.

Bila pindah ke syarikat baru, kenaikan 20% – 30% tu biasa. Sedangkan syarikat lama susah sekali bagi kenaikan gaji sebanyak itu untuk pekerja sedia ada. Walau bagus macam mana pun kita bekerja, syarikat ada “parameter” kenaikan gaji tahunan tersendiri. Pemerhatian saya, parameter selalunya cukup untuk cover inflasi i.e. CPI (consumer price index) dengan sedikit tambahan. Kalaupun syarikat sama boleh bagi kenaikan gaji 20% pun, bukan mudah bos (head of department) nak justify yang kita layak diberi kenaikan sebanyak itu. Jadi cara lebih mudah ialah berhijrah.

#4 – Syarikat baru lebih hargai potensi kita.

Saya perhati, ramai rakan-rakan berhijrah ke syarikat lain, mereka berpeluang serlahkan potensi sebenar mereka. Kalau kerja lama, kerjaya mereka ‘tersangkut’ setakat level Eksekutif, tapi bila hijrah ke syarikat baru, mereka diberi kepercayaan untuk naik ke Management Level.
Inilah antara faktor, kenapa rakan kerja baru gajinya lebih besar berbanding kita yang dah lama berkerja dengan sesuatu syarikat. Orang yang setia dengan sesuatu syarikat, kenaikan gaji tahunannya cuma sekitar 5% – 8% sahaja. Itupun kalau syarikat perform dengan baik. Kalau kita perform sedangkan syarikat tak perform, maka kenaikan gaji biasa-biasa sahaja.
Image may contain: one or more people

Potensi Kita Dan Masa Depan

Staff yang bekerja terlalu lama dengan satu syarikat, gajinya agak kecil. Bahkan saya terkejut bila tengok gaji orang lama yang berjawatan “Management” dalam syarikat gajinya terlalu sikit berbanding usianya bekerja hampir 3 dekad. Sedangkan tempoh 10 – 20 tahun dalam perniagaan, bagi saya tempoh yang cukup untuk capai status “jutawan” setidak-tidaknya. Itulah antara faktor saya tak meletakkan harapan tinggi dalam pekerjaan, sebaliknya saya bina masa depan melalui perniagaan.
Kalau jadi pekerja dedikasi selama 30 tahun di syarikat swasta, tapi pendapatan masih lagi di kelas menengah, saya rasa tak berbaloi untuk saya usahakan. Tempoh 30 tahun terlalu lama berbanding peluang yang kita boleh dapat di lapangan perniagaan. Dalam bisnes, income 5 angka sebulan tak perlu ambil masa sampai 30 tahun. 3 hingga 5 tahun dah boleh dapat pendapatan sebanyak itu, insyaAllah.

Tukar Kerjaya, Bukan Tukar Kerja

Jadi nasihat saya untuk orang muda yang bekerja swasta, berhijrahlah bila ada peluang. Orang berhijrah bagi saya bukanlah mereka jauh lebih kompeten, bahkan tahap kompetensi mereka lebih kurang sahaja dengan kita. Tapi mereka lebih pandai “market” diri mereka dan demand apa yang patut dari majikan baru. Sedangkan kita yang setia bekerja, kita terima sahaja apa adanya dari majikan kita.
Image may contain: motorcycle
Strategi saya berbeza. Saya jadikan kerja sebagai batu loncatan untuk bina kerjaya sebenar sebagai usahawan bebas. Saya tak tukar kerja, tapi saya tukar kerjaya.
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment