Ads by Google

Get This Pop-up Window


Thursday 16 October 2014

Tips : Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah LITER??



Mungkin boleh amalkan tips di bawah. 


Amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukannya ringgit.


Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 10 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai LITER .

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter

kalau isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalau tiap2 hari toukeh stesen minyak yang untung..

No comments:

Post a Comment