Ads by Google

Get This Pop-up Window


Thursday, 21 August 2014

MH17: Persiapan sambut jenazah di Sarawak lancar

Sumber : BHOnline

PETRA JAYA: Persiapan terakhir bagi menyambut ketibaan dua jenazah mangsa tragedi MH17 di Masjid Jamek Negeri dan Tanah Perkuburan Samariang di sini, berjalan lancar.

Tinjauan BH ke Masjid Jamek Negeri pagi ini mendapati persediaan rapi sedang dilakukan termasuk raptai dan latihan pergerakan membawa jenazah ke ruang solat masjid untuk solat jenazah.
Sebanyak 22 pegawai dan anggota tentera daripada Rejimen Keempat Kor Armor Diraja Kem Penrissen terbabit dalam raptai hari ini yang turut membabitkan pengebumian.