Ads by Google

Get This Pop-up Window


Thursday 21 December 2017

APPLE Dilaporkan Sengaja Memperlahankan Prestasi IPHONE Lama

Sumber : EINZ

apple slow iphone

Tahukah anda, selama bertahun-tahun ramai pengguna Apple kurang berpuas hati selepas iPhone yang mereka gunakan menjadi semakin perlahan dan kadang-kadang “lag” selepas kemaskini iOS baru. Bagaimanapun tiada bukti kukuh untuk menyabitkan kemaskini iOS dengan prestasi iPhone yang semakin perlahan sehinggalah beberapa hari ini.
Pembangun kepada aplikasi Geekbench telah menjumpai bukti bahawa kemaskini iOS memang menyebabkan penurunan prestasi iPhone terutamanya bagi iPhone model lama yang mempunyai keupayaan cas bateri yang rendah.

APPLE DILAPORKAN SENGAJA MEMPERLAHANKAN PRESTASI IPHONE LAMA DENGAN...

APPLE DILAPORKAN SENGAJA MEMPERLAHANKAN PRESTASI IPHONE LAMA DENGAN CAS BATERI YANG RENDAH

Bagaimana Apple memperlahankan iPhone model lama?
Contoh di atas, iPhone 6 yang merupakan model tahun 2014 mempunyai CPU clock 1400 Mhz. Selepas beberapa tahun penggunaan, kapasiti bateri iPhone 6 itu telah berkurangan dan kitaran cas bateri telah bertambah (battery cycle). Kemaskini iOS 10 dan iOS 11 telah menyebabkan CPU clock iPhone 6 ini berkurangan separuh (underclocked) kepada 600 Mhz berbanding 1400 Mhz asal. Pengurangan CPU Clock ini sangat mempengaruhi prestasi iPhone dan itu sebabnya iPhone menjadi semakin perlahan dan terasa “lag” ketika menjalankan aplikasi atau gaming.
Pengalaman peribadi saya; 1 iPhone 6, 1 iPhone 6S, 1 iPad Mini dan 1 iPad Retina Display. Jauh berbeza prestasi hari pertama dengan sekarang. iPhone 6 dan iPhone 6S masih lagi boleh digunakan walaupun nampak perlahan dengan kemaskini terbaru tetapi iPad Mini dan iPad Retina Display sangat perlahan biarpun untuk melayari web. Sekarang kedua-dua iPad itu hanya digunakan untuk tonton Youtube sahaja.
Apakah penjelasan rasmi Apple mengenai isu ini? Benarkah ia planned obsolescence? 
Our goal is to deliver the best experience for customers, which includes overall performance and prolonging the life of their devices. Lithium-ion batteries become less capable of supplying peak current demands when in cold conditions, have a low battery charge or as they age over time, which can result in the device unexpectedly shutting down to protect its electronic components.
Last year we released a feature for iPhone 6, iPhone 6s and iPhone SE to smooth out the instantaneous peaks only when needed to prevent the device from unexpectedly shutting down during these conditions. We’ve now extended that feature to iPhone 7 with iOS 11.2, and plan to add support for other products in the future.
Petikan di atas merupakan penjelasan rasmi Apple mengenai isu IOS Update sengaja memperlahankan iPhone model lama. Menurut Apple, bateri Li-ion yang digunakan pada iPhone semakin lama akan mengalami pengurangan cas bateri dan tidak lagi mampu membekalkan arus tenaga mencukupi untuk prestasi terbaik hardware iPhone. iPhone lama dengan keupayaan cas bateri yang rendah juga berpotensi untuk mengalami masalah mati secara tiba-tiba (random shut-down).
Bagaimanapun penjelasan rasmi Apple tidak menjawab persoalan teori konspirasi dimana Apple sengaja memperlahankan iPhone lama dengan harapan pengguna iPhone setia akan membeli iPhone baru untuk prestasi terbaik.
Bagaimana untuk mengatasi masalah iPhone menjadi semakin perlahan?
Baca selanjutnya disini..

No comments:

Post a Comment