Ads by Google

Get This Pop-up Window


Thursday, 19 March 2015

Percuma Naik Taraf Ke Windows 10 ???

windows10 start menu on screen 100466241 large
Microsoft telah mengumumkan akan memberikan naik taraf percuma ke Windows 10 kepada seluruh pengguna Windows. Tanpa mengira sama ada pengguna sistem operasi Windows tulen atau cetak rompak.

Bercakap kepada Reuters, Ketua Bahagian Sistem Operasi Microsoft, Terry Myerson menjelaskan Microsoft akan menaiktaraf sistem komputer yang layak kepada Windows 10 secara percuma tanpa mengira sama ada ianya tulen mahupun cetak rompak.

Di dalam laporan laman The Verge, pihak Microsoft menyatakan harapan melalui pemberian naik taraf percuma ini untuk memberikan peluang pengguna perisian cetak rompak merasai manfaat menggunakan perisian tulen dan seterusnya menggalakkan mereka membeli produk yang tulen pada masa hadapan.

Langkah ini memang pernah dilakukan oleh Apple yang mana, telah memberikan secara percuma naik taraf Mac OS kepada penggunanya.

Microsoft Windows 10 dijangka bakal menemui pengguna di 190 buah negara dalam 111 bahasa pada pertengahan tahun ini.