Ads by Google

Get This Pop-up Window


Wednesday, 3 September 2014

Awas! Penipuan Di PC Fair..!!





Mungkin ramai yang suka membeli gadjet atau barangan komputer di Pc Fair, maklumlah harga yang jauh berbeza dari kedai-kedai biasa. Tanpa disedari.. kadang kala kite tertipu atau ditipu dengan barang yang dipamerkan dengan harga yang rendah.



Sebagai contoh dipetik dari entri asal di forum lowyat, kes terbaru di Pc Fair baru – baru ini di ibu kota. Seorang user telah mendakwa kawannya telah terbeli sebuah portable hard disk tiruan.

Mungkin excited dengan harga yang murah tanpa berfikir panjang terus membeli Portable HDD tersebut, tapi setelah tiba di rumah, beliau sedari seperti ada yang tidak kena dengan portable hard disk berkenaan dan hasilnya.. tengok gambar di bawah..



Lihatlah, bagaimana dengan mudah kita di tipu,mungkin alamat kedai tersebut juga alamat palsu.. jadi berhati-hati lah dengan barangan di Pc fair, atau di tempat-tempat lain.. kalau ada harga yang jauh lebih murah tu lebih baik diuji kualitinya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian..