Ads by Google

Get This Pop-up Window


Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Wednesday, 18 March 2020

COVID-19 : Apa Nak Jadi Dengan Orang Malaysia?!

Usaha pihak berkuasa untuk mengekang penularan wabak #COVID19 dengan melaksanakan #PerintahKawalanPergerakan (PKP) yang bermula hari ini, nampaknya tidak dapat menghalang rakyat yang terus berdegil dan keluar rumah tanpa urusan penting.

Malah lebih mengecewakan apabila ada yang santai melepak di restoran tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi akibat dari sikap tidak ambil peduli ini.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni? Jangan menyesal di kemudian hari nanti.

#covid19 #coronavirus 
kredit to #artortoiseMY

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan Hari Pertama

Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "
Sumber: MKN

#mycombatcovid

COVID-19 : DAMAGE HAS BEEN DONE

Sumber : Malaysia Military Power

DAMAGE HAS BEEN DONE

Kita nak suruh semua yang dah balik ke kampong patah balik memang tak la.

Mana2 student yang dah diarahkan balik pun kita nak panggil balik satu hal.

Jadi beginilah.


Mana yang sudah balik kampong tu, sampai saja kampong kuarantinkan diri anda dirumah. Sanitize. Bersihkan tangan dan diri.  Beritahu perkara ni pada rakan2 korang, ahli keluarga yang terlibat dan rakan sekerja ke mak cik pakcik segala lah.

Ulang sekali lagi : KUARANTIN DIRI ANDA DI KAMPONG!! KUARANTIN SELAMA 14 HARI!!

Sampai sana jangan gatai nak keluar pi lepak mapley le berjimba dengan kawan ke nak pi kenduri kendara jadah ke.

Ingat basuh tangan, mandi dan cucilah segala apa yang patut. Bersihkan diri korang tu.

DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.

Mana yang berhasrat nak balik kampong tu tahan dulu hasrat. Kekal tinggal di rumah masing-masing. Amalkan kebersihan dan kerap cuci tangan.  Jangan sibuk nak balik. Duduk diam2 kat rumah dan jangan bercampur dengan orang. 

Yang perlu bergerak dan melaksanakan perjalanan adalah kalangan yang bekerja dengan sektor kepentingan negara je. Yang takde kena mengena dok diam2 kat rumah sebab kita nak rendahkan risiko jangkitan dan penyebaran Covid19.

INI ADALAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Mohon sebarkan dan maklumkan kepada semua.

Tuesday, 17 March 2020

Malaysia Umum LOCKDOWN (COVID-19)??

Ini BUKAN LOCKDOWN!!

Jangan keliru antara 'Perintah Berkurung' & 'Perintah Kawalan Pergerakan'

Perintah Kawalan Pergerakan = Restricted Movement Order

Perintah Berkurung = Lockdown Order

Kita masih boleh ke pasar beli ikan, ke pasaraya beli pampers anak, ke bank buat urusan dan sebagainya.

Cuma tak boleh buat mass gathering termasuk di rumah ibadah, di mana-mana tempat. Tak boleh ke luar negara, tak boleh buat kenduri kahwin, tak boleh melepak beramai-ramai, dan sangat digalakkan berada di rumah.

Paling penting, terus jaga kebersihan, amalkan langkah pencegahan yang disyorkan. Dan jangan berhenti berdoa.

#Covid19
#DirgahayuMalaysia 
#MFS
.
Apa yang buka dan apa yang tutup, lebih kurang macam ni lah:

 1. Supermarket, Pasar basah, Seven Eleven, Speedmart 99, KK Mart dan kedai runcit -- Buka.

 2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Bank, Bursa Saham -- Buka.

 3. Kelab golf, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- Tutup.

 4. Workshop, kedai gunting, warung, restoren -- Tutup.

 5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- Batal.

 6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang -- Tutup.

 7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi -- Tutup.
 
 8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi -- Buka.

 9. Kedai baju, kedai handbag, KEDAI EMAS, kedai kasut, kedai reflexology -- Tutup.

 10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium -- Tutup.

Kredit : Herman Haassan

Friday, 12 December 2014

Awas : Jangan Klik Pautan Gadis Mabuk Setelah Pesta - SKMM


Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu.

Thursday, 21 August 2014

How to : Attrib Shortcut Virus Set All Files In All Drive From Hidden

Usually when virus hide files and it also remove folder options it is much difficult to get the files quickly if one is in hurry.I’m going to tell the the way in which you can unhide all the hidden files.
* use this command for all the folders in the drive. attrib -s -r -h *.* /s /d /l
Steps 1
1. Go to Start > Run > type cmd
2. Dos will open type cd\
3. Now type the drive letter in which you want to Unhide the files lets suppose in my case its E: this will open the E: drive