Ads by Google

Get This Pop-up Window


Monday, 24 May 2021

LRT laluan Kelana jaya terlibat kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru

Sumber : FB Rapid KL

Kuala Lumpur: Rapid KL telah memaklumkan melalui status di FB mereka bahawa satu kemalangan telah berlaku sebentar tadi yang melibatkan laluan LRT Kelana Jaya khususnya kereta api nombor 40 dan 81.
Dimaklumkan juga bahawa semua penumpang yang cedera telah dipindahkan ke platform. Bantuan kecemasan dan penyelamatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, penumpang berada dalam keadaan terkejut dan trauma dengan ada beberapa individu mengalami kecederaan.



Sunday, 23 May 2021

Tiada Lagi Bantuan Prihatin ?


Korang cuba bayangkan, bermula bulan 6 dan 7 nanti, tiba-tiba banyak harga barang naik mendadak...
Harga barang yang sekarang korang beli RM 5, tiba-tiba jadi RM 10 bulan depan dan seterusnya naik jadi RM 15 lagi dua tiga bulan selepas itu.

Bukan setakat harga barang keperluan yang naik, harga perkhidmatan pun turut naik. Kos pengurusan naik, kos penghantaran naik, harga courier shipping naik, dan banyak lagi benda naik. Silap haribulan, ada harga komoditi keperluan asas pun turut mengalami kenaikan seperti air atau elektrik atau pembentungan.

Harga petrol tak payah cerita lah, memang dah naik banyak kali dah pun. Mujur ada tambatan harga. Kalau tak kena gaya, kerajaan pun terpaksa naikkan juga harga tambatan yang sekarang ini RM 2.05 menjadi RM 2.08 - 2.35 seliter untuk RON 95. 

Minyak, gula, garam, tepung, beras dan lain-lain keperluan asas lagi ruji pun sudah pasti turut mengalami kenaikan. Secara tidak langsung, harga makanan yang korang beli dari gerai tepi jalan, restoran atau food delivery pun akan terkena tempias kenaikan harga.

Perkara ini akan berterusan selama beberapa bulan sehingga ramai orang mula dibuang pekerjaan. Ramai orang tidak mampu lagi untuk meneruskan pembayaran hutang. Masalah penipuan juga semakin tinggi kerana masing-masing ingin cari jalan pintas mendapat wang.

Bank-bank tidak lagi mahu memberi moratorium. Tiada bantuan kerajaan ketika itu dan kerajaan pun menunjukkan ketidakpedulian terhadap rakyat. Hanya cakap-cakap kosong ingin membantu rakyat namun tiada tindakan yang efektif.

Perkara ini berterusan sehingga satu tahap ada satu atau dua bekalan makanan asas kita terputus. Sebagai contoh, tiba-tiba beras habis di pasaran dan sukar untuk dibeli. Tiba-tiba ayam habis stok dipasaran sebab bekalan terputus dari ladang dalam dan luar negara.

---
Cuba bayangkan jika benar-benar semua situasi diatas menjadi kenyataan. Apakah kalian semua sudah cukup bekalan dan cukup persediaan bagi menghadapinya??

Kekurangan bekalan makanan dan perut yang lapar boleh mengakibatkan pelbagai perkara tidak diingini berlaku. Seorang bapa yang lapar mungkin boleh bertahan, tetapi sukar bagi seorang bapa untuk membiarkan anak isterinya kelaparan. Apa sahaja sanggup mereka lakukan.

Walaupun ini hanya sekadar bayangan. Tidak mustahil ia boleh menjadi kenyataan. Kalian boleh sambung bayangan ini dengan imiginasi masing-masing. Cuba bayang dan cuba fikir apa yang akan terjadi selepas semua hal di atas telah berlaku.

Tapi bayangkan je lah... jangan korang doa ia jadi realiti pula. Cukup sekadar bayangan, kemudian selepas terbayang-bayang tu, kembalilah ke dunia nyata dan mulakanlah persediaan dan persiapan anda bagi menghadapi sebarang kemungkinan dimasa akan datang...

Sekian dahulu...

-Muhammad Mamzah
22 Mei 2021

Friday, 21 May 2021

PKP 3.0 aka PKP 1.0


Ramai yang dah tahu ada ura-ura nak ulang full PKP macam v1.0 dulu.



Tapi dalam kita sudah tahu itu, apa persediaan yang telah kita buat?? Tahu tak, kalau PKP v1.0 diulang, kalian semua bakal hadapi semula masalah ekonomi yang dijangka lebih parah dari tahun lepas??

Jika tahun lepas, ada banyak bantuan yang diberi oleh kerajaan. Ada ramai influencer bergerak untuk salurkan dana. Ada banyak wang simpanan kita boleh keluarkan dan guna.

Tapi tahun ini?? Agak-agak ada lagi ke bantuan banyak-banyak macam tahun lepas?? Agak-agak ada lagi ke duit simpanan boleh digunapakai?? Agak-agak ada lagi ke tabung nak dikorek??

Duit KWSP pun dah habis keluar dan dah habis korang balun buat beli macam-macam. Mana yang beli barang berfaedah tu bagus dan tahniah. Tapi yang habis ke tempat tak berfaedah atau habis untuk benda tidak perlu, takziah saya ucapkan.

...
PKP kali ini jika diulang seperti masa lalu, akan mencatat satu perubahan besar dalam sosio-ekonomi negara. Bukan sahaja kerajaan akan menghadapi masalah dengan ekonomi dan kewangan, malah ramai dari kalangan rakyat akan sampai ke tahap kemuncak hilang kebergantungan. Hilang punca, hilang arah, tak keruan dan mengakibatkan masalah lain pula.

Jika tidak jadi PKP seperti v1.0 sekalipun, bencana ekonomi tetap menanti kita bermula Q3 bulan Julai nanti. Harga bahan mentah pelbagai sektor sudahpun naik dan akan terus naik sekurang-kurangnya kenaikan 35% lagi akan bermula bulan hadapan. Banyak sektor akan terkena tempias. Kadar inflasi negara juga dijangka bakal melonjak melepasi 2%. BNM menjangka ia bakal mencecah sehingga 5% pada Q3.

Kenaikan kos dalam semua sektor akan memberi impak besar terutama kepada barang keperluan asas. Permintaan tinggi dengan harga yang tinggi dari negara Teluk dan juga dari negara Eropah akan memotong permintaan dari negara kita. Para pengeksport akan mengutamakan permintaan negara yang sanggup membayar lebih berbanding kadar bayaran negara kita yang lebih rendah.

Natijahnya akan mengakibatkan banyak bahan mentah mengalami kenaikan harga. Kos-kos logistik dalam dan luar negara juga akan mengalami kenaikan sementelah harga minyak dunia yang tidak turun-turun. Ditambah pula nilai tukaran matawang asing yang semakin teruk dan pengecutan nilai US Dollar. Harga emas dan perak sebagai komoditi utama juga terus mendaki hingga ke akhir tahun nanti.

---
Kini, kerajaan berhadapan satu situasi genting di mana apa sahaja keputusan yang dibuat, secara langsung atau tidak langsung akan menatijahkan perkara buruk buat rakyat. Jika buat PKP v1.0 semula, mungkin angka kes covid19 akan menurun dan frontliners boleh menarik nafas lega.

Tapi kerajaan pula akan buntu untuk mengorek hasil mahsul lain untuk dibelanjakan buat membantu rakyat yang terhimpit kesusahan. Sedangkan mengikut percaturan mereka, PRU perlu dilaksanakan sejurus selepas Darurat ditamatkan, maka banyak wang perlu digunakan untuk berkempen nanti. Bagaimana hendak membantu rakyat, dan dalam masa yang sama perlukan dana besar untuk kempen politik akan datang??

Jika PKP v1.0 tidak dibuat, apa pula kata rakyat dan frontliners? Angka kes pasti sukar untuk diturunkan. Namun, jika kita kekal dalam situasi sekarang, sekurang-kurangnya ramai yang tidak begitu terbeban dengan bencana ekonomi tersebut. Aliran ekonomi boleh terus bergerak seperti biasa. Rakyat boleh adapt dengan kenaikan harga barang dipasaran tanpa mengeluh kerana ketiadaan punca pendapatan.

Biarlah angka covid19 naik sementara waktu. Alang-alang boleh mohon perkenan untuk sambung darurat 6 bulan lagi. Maka cukup haul untuk melaksanakan PRU pada Q2 tahun hadapan pula. Biarlah rakyat nak kecam kami kerajaan gagal sekalipun, janji jangka hayat kami boleh kekal sehingga next PRU dan dapat berhenti dari karier politik dengan aman dan merasa duit pencen sampai tua sambil menyandang pelbagai gelar dan pangkat.

---
Perkara ini sukar untuk difahami. Namun begitulah apa yang sedang terjadi. Bagai ditelan mati anak, diluah mati bapak. Apa jua keputusan yang dibuat, tetap akan menampakkan suatu kegagalan dan juga jalan buntu buat kerajaan.

Tiada tanda-tanda pulih untuk kerajaan ketika ini. Walau angka covid19 boleh diturunkan pada bila-bila masa sama ada dengan melaksanakan PKP v1.0 ataupun tidak, namun tetap sahaja masalah ekonomi sedang menanti kita semua dihadapan.

Krisis ekonomi ini bukan untuk Malaysia sahaja. Tetapi ia bakal dihadapi seluruh dunia. Inflasi bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan negara besar seperti US juga bakal dilanda badai tersebut. Kali ini, ia akan berjalan sekaligus dalam satu masa. Inflasi dalam deflasi.

Pusinglah macam mana sekalipun, ia tetap akan berlaku. Hanya masa yang menentukan sama ada cepat atau lambat. Hanya persediaan dan bekal diri sendiri yang menentukan sejauh mana anda boleh bertahan. Hanya iman yang kukuh lagi jitu sahaja yang menentukan sekadar mana anda bergantung pada ALLAH Taala.

Maka dari itu, awasilah diri anda dan keluarga anda dari sekarang. Kawal perbelanjaan harian anda dan keluarga. Elakkan pembelian barangan tidak perlu. Tukarkan simpanan ringgit anda kepada emas dan perak. Perbanyakkan sedekah membantu fakir miskin dari sekarang dan bantu-membantu sesama kaum kerabat anda.

Buatlah persediaan daripada sekarang. Jagalah iman kalian dan keluarga masing-masing. Perbanyakkanlah berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAWAW. Tingkatkan amal jariah, zikir harian dan juga makanan rohani anda dan keluarga. Jika pendapatan anda sekarang ini tidak begitu mencukupi, maka tambahlah dari sekarang.

Berkerja keraslah dan berusaha gigihlah. Mohonlah pada ALLAH Taala agar anda dan keluarga anda bisa terselamat daripada badai yang menanti. Berdoalah agar anda dan keluarga dijauhkan daripada kefakiran dan papa. Berdoalah agar anda dan keluarga anda diselamatkan iman kalian seperti terselamatnya iman para Ashabul Kahfi itu.

Ingatlah pesanan ini....
Be prepared, buckle up.
And get ready.....

I'm just giving you my early warning....
There is a big chaos and disorder waiting ahead...

Sekian dan harap maklong.

.
#pkp
#lockdown
#EconomicCrisis 
#economiccollapse

-Muhammad Mamzah
21 Mei 2021

Sunday, 24 May 2020

Malaysia Kini Dalam Sejarah : PM Ketuai Takbir Aidilfitri 2020

Sumber : JalanKami

SYAWAL kali ini yang disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak Covid-19 mencatatkan sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir hari raya Aidilfitri.

Tan Sri Muhyiddin mengetuai takbir hari raya yang turut disertai barisan kabinetnya serta ketua-ketua agensi kerajaan yang disiarkan oleh
hampir semua stesen televisyen di negara ini.


Sebaknya dengar TSMY alunkan takbir

Selain anggota Kabinet, takbir raya itu turut disertai ketua dan wakil agensi barisan hadapan.

Sebelum ini belum pernah ada seorang Perdana Menteri mengetuai takbir hari raya menjelang sambutan Aidilfitri.

Antara yang mengambil bahagian dalam takbir hari raya tersebut ialah Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan Tengku Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Turut menyertai takbir raya itu ialah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamad Zulkifkli Al Bakri, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Razdi Jidin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Saturday, 2 May 2020

Kepada rakyat MALAYSIA, Sebarkanlah mesej ini!!

Kepada rakyat MALAYSIA, Sebarkanlah mesej ini.
.
Isilah minyak di Petronas. Gunakanlah apps Setel yang Petronas buat tu. Ini bukan kempen politik. Ini kempen selamatkan negara.
..
Jika anda tidak isi guna Petronas, maka tiadalah lagi

Wednesday, 18 March 2020

COVID-19 : Apa Nak Jadi Dengan Orang Malaysia?!

Usaha pihak berkuasa untuk mengekang penularan wabak #COVID19 dengan melaksanakan #PerintahKawalanPergerakan (PKP) yang bermula hari ini, nampaknya tidak dapat menghalang rakyat yang terus berdegil dan keluar rumah tanpa urusan penting.

Malah lebih mengecewakan apabila ada yang santai melepak di restoran tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi akibat dari sikap tidak ambil peduli ini.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni? Jangan menyesal di kemudian hari nanti.

#covid19 #coronavirus 
kredit to #artortoiseMY

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan Hari Pertama

Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "
Sumber: MKN

#mycombatcovid